Sabtu, 22 Desember 2012

Alqadrie Malaysia Merindukan Pontianak,





(Gambar : kiri ke kanan,: Syed abdullah, tuan Azis dan Syed Moh Hafizd)



(Gambar : Dari kiri ke kanan,; Syed Abdurrahman,Syed Abdullah,Syarifah Zainab dan Syed Ali,)


(Gambar : Syed Osman Alqadrie yang mirip dengan Max yusuf Alqadrie,putra Sultan Hamid.II )



Data hafizh
Alqadrie malaysia


Assalamualaikum wr wb,
Abang Syed Abdullah, di sini, seperti yang telah dijanjikan tadi, saya ingin beri silah yang telah diberitahu oleh nenek saya serta keluarga saya.  Silahnya seperti berikut.

Muhammed Hafiz bin Abdullah bin Osman bin Abdul Wahab bin Muhammed Ali (@Mat Ali @ Ali Panjang)

Inilah senarai nama yang telah diberitahu oleh nenek saya, Sharifah Zainab kepada saya.  Abdul Wahab adalah seorang guru agama yang mengajar agama di Pasir Panjang dan Katong, Singapura dan juga di pulau Batam, Indonesia.
Bapa beliau, Muhammed Ali menetap di Batam.  Kedua-dua mereka, iaitu, Abdul Wahab dan Muhammed Ali, meninggal di Batam dan di kebumikan di Batam. Datok saya, Osman, mempunyai seorang adik yang bernama Aziz.  Aziz ini adalah adik dari satu ibu lain bapa.  Bapa Osman adalah Abdul Wahab , manakala bapa Aziz adalah Long Yunus.  Ibu kepada Osman, iaitu, isteri kepada Abdul Wahab, bernama Fatimah.  Setelah Abdul Wahab meninggal dunia,Fatimah kahwin dengan Long Yunus dan memperolehi beberapa orang anak termasuk  Aziz.  Aziz inilah yang telah memberitahu saya, Osman adalah seorang Syed.  Makcik saya, adik kepada bapa saya, yang bernama Zaharah diberitahu oleh datoknya, bahawa asal usul beliau adalah dari Pontianak.

Saya juga diberitahu, bahawa saya dari keturunan Syed Abdullah dari Pontianak.  Anak beliau bernama Syed Hussein (@Habib Mansur, @ SyedSyakeri, @Syed Abdul Syukor)  Syed Hussein inilah yang mempunyai anak bernama Muhammed Ali.  Muhammed Ali ini berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Leha dan dari perkahwinan ini, mendapat Abdul Wahab.

Saya sampilkan bersama email ini beberapa gambar keluarga saya.  Ada gambar datok saya, Osman yang mukanya itu mirip dengan Max Al Qadri.  Selain daripada itu juga, ada gambar adik beradik bapa saya bersama bapa saya dan ibu kepada bapa saya, iaitu Sharifah Zainab.  Di gambar tersebut, yang  paling kiri adalah adik bapa saya yang bernama Abdul Rahman, disebelah  Abdul Rahman adalah bapa saya yang bernama Abdullah.  Di sebelah bapa saya adalah ibu kepada bapa saya yang bernama Sharifah Zainab dan sebelah Sharifah Zainab adalah adik kepada bapa saya yang bernama Ali.  Gambar yang  akhirnya itu, adalah gambar bapa saya bersama Aziz, adik kepada Osman dan  juga saya, semasa lawatan Hari Raya Aidilfitri 2012.

Terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh abang Syed Abdullah  mengenai silah saya ini.  Kalau ada yang kurang mengerti, mohon ditanyakan kepada saya melalui email ini, insya Allah.

Terima kasih sekali lagi.
W'salam

Muhammed Hafiz bin Abdullah

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar